For you.



Dulu kau dengan aku,
Sikit-sikit aku sikit-sikit aku,
Tapi sekarang aku nampak 'benda' tu dah takda.

Takpe
Serious takpe.
Asalkan kau happy aku happy.

Anything for you.
For you.

Kalau lah.....

Kalau lah dia ada mesti dia bangga dengan pencapai orang ni sekarang. Serba sedikit kejayaan orang ni disebabkan dia. Kerana berpunca dari mereka, orang lain mula melihat akan bakat orang ni masih gah dan fantastic. Kalau lah dia ada lagi mesti dia bangga. Sangat bangga.

Kalau lah....

Give and Take

Kalau takda angin masakan pokok bergoyang. Kalau takda punca takkan lah masalah boleh timbul. 'MAAF' adalah satu perkataan yang paling mudah tapi sangat susah disebut. Siapa punca dah tentu lah dia kene jadi punca untuk selesai kan jugak satu masalah tu. Apa yang susah sangat?

Sabar Murni sabar. Dia ada mulut so dia boleh cakap apa sahaja dia nak. Cantik mana bahasa dia atau carut mana perkataan dia, kau tak boleh nak halang. Maybe bila kau dah betul-betul takda kat sisi dia baru dia sedar agaknya.

"You have someone better than me right?" (berjuta kali) Weh tolong lah bukak sikit otak awak tu. Sedar tak kita ni dah apa? Bukan bercinta zaman sekolah tau nak tanya soalan tu. Saya ni bukan lah jahanam sangat perangai. Kalau lah saya nak orang yang lagi berupa lagi berduit lagi sempurna, Saya tak pilih awak jadi tunang saya dan bakal jadi teman hidup saya. Itu pon tak boleh fikir lagi ke?
   Apa yang saya boleh cakap adalah kita kena belajar lagi untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih tenang tampa timbul pergaduhan. Yer! aku admit yang kita masih lemah.

Perkahwinan bukan satu benda yang boleh buat main tau. Kita ada tempoh lebih kurang 4 bulan sahaja lagi untuk kita belajar semua asam garam mengenai hidup berkeluarga sebelum kita ke tahap yang satu lagi. Daripada kita bergaduh, lebih baik kita munasabah diri sendiri. Cari kelemahan dan kesalahan diri sendiri kemudian kita perbaiki. Lebih baik.

Insha'allah. Ada jodoh kita maka allah swt akan permudahkan segala urusan kita. Jika tidak, aku bermohon agar Dia berikan kita petunjuk. Insha'allah amin!

Memori Berkasih


Aku tertarik dengan sebuah kisah cinta satu pasangan ni. Mungkin mereka bercinta dan mungkin tidak. Cinta yang tiada jodoh. Si lelaki dan Si wanita ni bersama sudah agak lama. Aku terkejut bila dapat tau Si lelaki berkahwin dengan wanita lain. Kehendak mak Si lelaki ni kata mereka. Tinggal lah Wanita itu sendiri. Lama kelamaan Wanita itu pon berkahwin dengan lelaki lain. Malangnya jodoh mereka tak panjang dan Si wanita itu kembali sendirian.

Si lelaki tampak bahagia dengan wanita yang dikahwininya sehingga lah Si lelaki meninggal dunia. Meninggal dalam usia yang agak muda juga kerana kemalangan. Orang yang terakhir dia berjumpa pon adalah Si wanita itu kerana mereka baru habis merencanakan sebuah rancangan live bersama.
Wanita itu agak terkejut sebab dia kata dia baru sahaja berjumpa. Lebih kurang jam 5.30pm mereka jumpa dan jam 6.00pm Si lelaki meninggal kemalangan. Sedih tak terhingga kata Si wanita. hm

Ok lah, ini andaian aku sahaja sebab aku suka lihat pasangan itu bersama. Tak bermakna aku membenci pasangan yang mereka kahwini tu. Cuma suka melihat kebahagian semasa mereka bersama. Kenangan mereka banyak tersirat dalam lagu-lagu yang mereka nyanyikan. Sampai sekarang bila aku lihat balik video-video meraka, aku rasa macam 'sayangnyaaa dengan hubungan dorang yang tak kesampaian' 'mesti dorang bahagia sangat kalau dorang dapat bersama' 'sweet sangat dorang berdua' dan macam-macam lah yang aku cakap. Apabila Si wanita menyanyikan lagu duet mereka. Aku nampak reaksi Wanita itu jauh berbeza saat dia menyanyi kan lagu itu dengan Si lelaki. Even lagu tu sedih tapi pabila dia nyanyi dengan pasangan duet nya iaitu Si lelaki dia masih boleh tersipu malu. Sekarang bila dia nyanyikan semula tapi dengan pasangan yang berlainan, dia sungguh menghayati dan reaction dia bukan lagi reaction yang sama.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Macam-macam aku dengar kisah cinta dorang dari berbagai pihak. Ada kata a. Ada kata b, Ada jugak kata c. Ada kata Si wanita ni pasrah je dengan kisah mereka. Ada kata Si lelaki masih menyimpan hati dengan Si wanita tu tapi dia juga redha dengan jodoh dia. Ada juga kata Si lelaki turut simpati dengan apa yang menimpa Si wanita itu. Macam-macam lagi lah. Hm biarlah dorang je yang tau apa kisah sebenar dorang. Aku sebagai peminat yang minat dengan kisah cinta dorang hanya mampu berdoa yang baik-baik sahaja.

Takdir Allah swt takda siapa boleh lawan kan. Itu PASTI. Apa pon yang kita buat, jauh mana pon kita rancang. Allah kata itu maka itu lah yang jadi. Al-fatihah buat arwah Si lelaki dan bekas pasangan Si wanita. 

Al-fatihah dan Wallahualam


Such a good guy
I love you so damn much!
Miss you bibi.

#3


Yeay! kami call abe pendi tadi, haha sebab rindu weh. Dia tengah cuti raya haji hari ni. So dia tak turun laut. Hm sorry lah mungkin ada yang rasa menyampah dengan perangai aku yang tak boleh move on ni. Tapi aku memang macam ni. Kalau aku dah suka sesuatu aku memang take time nak back to normal. Bersabar saja lah yer.
   Kalau ada masalah je kepala hotak automatic akan teringat Pulau Perhentian. Kat sana tenang weh! Aku tak payah fikir ape2 pon. Yang aku cuma fikir adalah menu aku sat lagi. Haha serious talk! Kalau aku tiba2 hilang dari pandangan korang dalam jangka masa yang lama, korang cari lah aku kat sana okay! 

xoxo,

#2


Tak boleh move on lagi!!!
Otak jiwa raga tertinggal sana.
3 hari tak cukup.
Berharap dapat jumpa lagi.
In shaa allah! Amin.

Best part in my life!



Aku jatuh cinta lagi sekali. Pertama kali aku pergi bercuti di Pulau Perhentian, aku jatuh cinta. Weh! aku rasa sangat seronok and enjoy gila! dengan orang2 pulau, dengan kehidupan akuatik, dengan keindahan alam. Ada rupanya kehidupan indah macam tu kat Malaysia ni. 3 hari 2 malam kat sana tak cukup. Serious talk!!! Bila nak balik Kolumpo balik aku rasa nak memberontak pon ada. Aku nak duduk sana lama lagi, Bila aku dah ready nak balik baru aku balik. Hm tapi maklumlah, hidup seorang kuli, terikat dengan kerja. Tak boleh buat apa.

Aku happy kenal dengan abang pendi. Orang sana panggil dia abe pen. Dia sangat baik dan tip top service dia. Kami ambil package laut je, sampai ke darat dia bawak kita orang. Nak balik KL tu dari jeti kene naik teksi pergi Jertih untuk ambil bas pergi Kuala Terengganu. Guest what? takyah ambil teksi sebab dia yang bawak kita orang pergi Jertih. Siap belanja makan ikan bakar lagi weh! Koraso? mase kami snorkeling tu sampai point kincir angin, ada part terjun dari jambatan tu. kita orang suruh dia buat demo dulu. Tak sampai bape saat tup tup dia terjun dah. Speechless doh. Bukan sekali dua, banyak kali pulak tu. Apa kami suruh dia ikot je. Betapa bagus dia layan dia punya customer. Haih seriously aku nak pergi lagi, Abe cakap kalau datang lagi dia nak bawak kami pergi Rawa Island buat bbq kat sana. Tak sabar!! Gonna miss you abe2 pulau.

DAH BIASA DAH

DI ANAK TIRI-KAN

KAMI DAH BIASA DAH.

HAA HAA HAA

Bangsa vs Bangsa

Handphone?

Dunia- dunia
Pasal benda mati korang gaduh bermati-matian dan akhirnya jadi perkauman. 
Nak sangat hidup dalam peperangan? Berpecah-belah jadi kegemaran? 
Itu ke yang korang impikan?

Tak teringin ke melihat negara aman?
Bersalaman dan berpelukan,
Apa kedamaian sangat membosankan? hingga benda mati jadi punca perbalahan.

Bangsa vs Bangsa? / Bangsa ft Bangsa? Mana satu jadi pilihan?
Kenapa perlu lawan kalau boleh jadi kawan?

Fikirkan!

Imagine

Aku tak mintak banyak, cuba bayangkan jelah macam mana hidup korang bila orang yang kita paling sayang dah takda. Bukan takda sehari-dua tapi untuk selama-lamanya. Dapat bayangkan tak? Ngeri kan? Takut kan? Lebih-lebih lagi orang tu ibu ayah kita. Ya allah, sedangkan kucing aku hilang pon dah separuh gila mencari, ni kan pulak ibu ayah takda. Kau ghase?

Tapi siapalah kita nak pertikaikan benda tu? Siapalah kita nak bayangkan benda yang belum pernah jadi kat diri ni. Aku sangat ambil contoh pada mereka yang dah tiada  ibu/bapa/ibubapa, sangat-sangat ambil contoh. Macam mana lah dorang hadap hari esok tanpa ibu bapa, jangan cerita pasal setahun-dua kemudian, cerita pasal esok, pagi selepas tiadanya mereka. Hm aku turut simpati. 

Al-fatihah buat semua yang dah kembali ke sisi allah. Al-fatihah.......

FACEBOOK

Assalammualaikun,

Sekarang  ni macam-macam cerita pelik/ngeri/menakutkan keluar kat media, laman sosial. Setiap kali aku log masuk facebook mesti akan ada punya lah cerita-cerita macam tu. Ibu dera anak lah, bayi dibuang merata seolah olah bayi tu bukan manusia, lebih menakutkan aku adalah cerita-cerita pasal tanda-tanda bahawa hari berakhirnya dunia ni dah dekat. Huish seram wehh! Benda-benda tu membuatkan aku takut dah nak usha facebook  dan buat aku log keluar terus. Dan aku ada simpan sikit rasa 'hutang budi' kat facebook, disebab kan cerita-cerita macam tu lah membuat kan aku rasa dekat dengan Dia.

Dekat sangat.

Aku takut kalau aku belum sempat nak jadi manusia yang sangat berguna di sisi Dia, aku takut diseksa, bayangkan saja azabnya boleh buat aku jadi gila. Pernah sampai satu hari aku berasa sangat takut sehingga aku rasa nak termuntah, Sumpah tak tipu, meluahkan di sini saja pun cukup buat aku tak senang duduk. Maaflah, aku bukan nak perasan baik atau perasan 'alim', tapi ini memang apa yang aku rasa.

Alhamdulillah, Dia masih beri aku 'rasa' ni untuk medekat diri padaNya. Terima kasih Ya Allah




Alhamdulillah kita bertemu lagi

Assalam Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah kita bertemu lagi pada tahun ini Ya Ramadha.
Syukur tidak terperi.
Moga-moga aku sempat bertemu Syawal pula.

Amin amin.

DURJANA

Orang tua kau maki macam tu je,
kau terajang macam tu je,
dekat public pulak tu,

Hati mana hati? 

Nak cakap bodoh, kau ada otak
emm barangkali kau tak menggunakan otak kau dengan sebaiknya.

Fikirlah anak muda,
kau ada ayah bukan? 

Bawak benda ni pada diri sendiri je.
Apa kau rasa?

Fikirkan lah ok...


(remaja zaman sekarang)

BIBI

Dear Bibi

You're the best thing i ever had. You're always made my day even sometimes you broke my heart, but mostly you bring me to another earth that i feel better and better. Thank you so much bibi. I love you for no matter what, i love you for a thousand years ahead, i love you to the moon and back. Thanks cause came into my bored life and make it full of joy and colorful. Thanks once again. xoxo



 Sincerely,
       YL :)

RINDU DIA?

Kau rindu dia?
Aku bukan apa, aku cuma rasa je yang kau tu rindu dia.

Sebab semalam kau teringat dia masa kau makan pedas. 
Aku suap kau jadi kelu,
Takpa, aku okay je

Cuma kelu :)

---sepi---

Kenapa kita ditakdirkan untuk berjumpa
kalau bukan untuk bersama.


Dulu saya sangka cinta hanya sekali dalam seumur hidup,
tapi takdir menemukan saya dengan cinta kedua.


Benci pada orang yang tak tau apa itu seni
tapi berlagak nak jadi seniman sebab
dia ada rupa dan boleh berdiri depan orang ramai.


                                                                                                                                                ---sepi---

love

    
terima kasih cinta
untuk segalanya
tak akan terulang lagi
kesilapan itu,

   



Just Wondering........

S A M P A I    B I L A

TAKDA TEMPAT

to: my only WANITA,

Kau kata aku dia dia dan dia, senang cerita kami semua dah 'lock' kau kat rumah ni, Lucu sangat, habis yang kau ganggu semua barang kepunyaan aku sampai kunci laci aku sendiri kau amik, apatah lagi kunci bilik. Kau rasa mana pergi privacy aku? Aku pelik lah, nak puaskan hati orang memang susah even seorang pun sangat susah. Kerja buat sales pun lagi senang rasanya nak cari customer walaupun customer tu kena bayar beriban dari jaga hati menusia ni. Sampai laptop aku pun kau nak usik. haih. Apa tah lagi kalau aku tulis diari kat buku and buku tu aku dah simpan tempat paling tercerok sekalipun dalam bilik aku tu kau tetap akan jumpa, nampak tak betapa busy body nya kau dan betapa takda privacy nya aku dalam bilik aku sendiri?

tolong lah, 
aku perlu tempat aku,
jangan kacau boleh?
hm

*penat*

Aku bukan macam kau punya yang lepas lepas
Yang pastinya yang lepas lebih bagus dan hebat berlainan dengan aku. Maaflah.
Aku bukan taknak berkongsi teman, aku tau kalau kau duduk semeja dengan kawan kawan aku, kau akan rimas sebab mereka bukan macam kawan kawan kau. Aku tau kau akan fikir "alah budak budak" "ish serabut la budak budak ni" dan sewaktu dengan nya (aku pernah bagitau sebab ni dekat kau sebelum ni. Mungkin kau lupa)

Hm wahai sayang, kau tak sepatut nya menghukum mereka dengan kesalahan aku. Jangan jadi kejam sangat dengan teman aku. Aku tak halang kau untuk keluar melepak berjumpa kawan lama (lebih tepat kawan zaman jahiliah) kau jadi kenapa kau nak halang aku. Tapi kau kata bukan nak mengongkong. Habis tu dipanggil apa? Kau pernah seusia aku kan? Kau pernah lalui apa yang aku tengah lalui kan? Yang bezanya kau lelaki aku perempuan malah apa yang kau lalui lagi teruk. Jadi kau sepatutnya lebih pandai untuk menyelesaikan masalah ni. Bukan dengan macam ni. Menghukum orang lain sesuka hati. Aku bukan patung cendana yang hanya membeku tak boleh buat apa apa, aku bukan lembu yang hanya mengikut bodoh. Aku bukan macam tu.

hm aku redha :(:

7.4.15 2:11

manusia
takkan pernah lari dari kesilapan

typical malay
satu kali salah, jangan harap kau akan dipandang mulia lagi

walaupun dulu
kau lah yang belai dia, kau lah yang sanjung dia, kau lah yang suapkan dia, kau lah yang selalu puji dia  pada teman,

takkan dipedulikan lagi semua tu.
sebab apa? sebab kau ada buat salah satu kali.

"aku akui memang salah aku, aku faham kenapa kau marah. Tapi aku akan lebih hargai kalau kau bertanya aku 'kenapa?'. aku dah bersedia dengan apa pun yang jadi lepas ni. Sangat bersedia. sebab apa? sebab aku yang bersalah jadi aku kena bersedia untuk tidak jadi gila. yer aku jahat, aku yang dulunya manusia sesuci alam dan kini jadi sepupu sepapat setan (mungkin pada pandangan kau aku macam tu) yang dah buat satu silap yang takkan boleh dapat kemaafan. kalau dah dalam hal macam ni apa je lagi yang boleh cakap selain 'maaf', Aku minta maaf dan maaf dan maaf pada kau wahai lelaki yang budiman. Takpa, aku takkan pernah paksa kau untuk maafkan aku. Just take your time and i'll be okay, don't worry babe :) (kau tak risau pun kot. mungkin la)

Aku faham dan aku takkan pernah salah kan kau 'lelaki budiman' :)

2 8 3 1 4

Bismillahirrohmannirrohim. Hope everything goes well. Sikit berdebar lah tapi masih okay lagi. Aku cuma rasa takut, apa yang akan jadi lepas kami bertunang. Orang kata dugaan bertunang ni lancaro nakharom lanciow semua ada. But it's okay semua tu satu permainan je. Kalau nak sedap kan hati aku, anggap jela permainan tu macam kau main game super mario, kan best tu *kipas mata*

Haih Love you bibi, xoxo

F A R

I need vacation. B please bring me somewhere. Serious talk

B E R I N G A T

Kenal kau satu kebetulan,
yang lebih tepat satu keterpaksaan,

Halang
jenis bukan aku,
Jangan ambil kesempatan

Kesabaran
sentiasa ada had,
Kau sentiasa kena beringat

Jangan ambil kesempatan!

LAGI SEBULAN

Banyak benda aku boleh bersabar, tapi benda ni memang aku tak boleh nak sabar. Nerves sebenarmya. Aku nak bertunang bulan Mac kang weh! Kau rasa?! Rasa macam sistem nerves kau tu macam dah ada sepuluh dalam badan kau yang akan membuatkan nerves kau dah tahap cipan. Aku tak tau kenapa kalau dah tahap yang paling maximum dorang akan kaitkan dengan cipan. Aku masih keliru. Ahh apa-apa pon aku nerves
     



                   

TERINGIN I

Kan best kalau hidup ni macam dalam drama,
Kita jadi directornya,

Semua benda semua perkara
di bawah arahan kita,

Aku akan terbitkan cerita hidup aku dengan perkara yang best best je,

Alangkah bestnya kalau hidup bagai sebuah drama,
Yang kata kuncinya 'bahagia'

Bak kata Puteri
"nama pun drama, mustahil"

Hmm

BIDANG MANA?

Aku terasa,
Kau buat,
Kau marah,
Aku pujuk.

Bidang mana kau belajar ni?

PRINSIP CINTA AKU

Kalau nak cakap tentang cinta, mesti kita nak bercinta dengan orang yang kita sayang. Betul tak? dan aku sekarang tengah bercinta dengan orang yang aku sayang. Yer sayang sangat. Tapi sejauh mana sedalam mana sebesar mana pun sayang aku, prinsip tetap prinsip.

PRINSIP?
Dalam hubungan cinta atau in english nya ialah relationship of love, aku ada prinsip aku sendiri. Yang pertama:- aku takkan sayang orang lebih dari aku sayang diri aku sendiri sebab aku tahu, bukan aku jela yang tahu, memang semua orang tahu yang setiap hubungan mesti akan berpisah/clash. FAKTA okay. Apa apa hubungan pun lah mesti akan berpisah. Yang beza nya pisah hidup atau pisah mati. Kalau pisah hidup maknanya takda jodoh lah tu, kalau pisah mati pulak mean ajal. Ajal dah sampai so kita tak boleh nak cakap apa.

JODOH:-
Yer jodoh ni prinsip aku yang nombor dua. Weh, kalau dah takda jodoh kau nak buat apa lagi. Kau nak melalak macam mana sekali pun kalau dah takdir cakap kau memang tak akan ada jodoh dengan dia so tak akan. Aku ulang balik eh TAK AKAN, kalau kau dah prepare awal awal yang kau tak akan sayang orang lebih dari diri kau, kau tak akan frust menonggeng atau kata lain frust gila babi la. Aku sentiasa cakap dengan diri aku. "kalau aku tak ada jodoh dengan dia, aku redha, tak apa. Benda tak ada jodoh kau nak rapat macam mana pon even kau couple berpuluh tahun sekali pun, dah nama takda jodoh so takda la" yer aku selalu cakap macam tu dekat diri sendiri. Sama lah kalau sebaliknya.

Tak bermakna aku tak sayang. Gila weh tak sayang. Baik buruk aku semua dia terima. Jahanam nya perangai aku pon dia terima. Alhamdulillah aku dapat lelaki yang menerima aku seadanya. Itu semua cuma perinsip aku, persiapan aku mengenai hubungan cinta. Cara aku untuk siap sedia menerima if ketidak adaan jodoh aku dengan dia. Tak ada kena mengena dengan sayang atau tak.

So for you my Mr right, this is just a principle of mine, my last word '' i love you sayang ''

PENCURI, KEJAM

Kau dah curi, lepas tu kau biarkan sahaja 'benda' tu jahanam.
Kenapa kau kejam sangat?
Dah tujuh tahun aku kenal dia, sikit pon aku tak sampai hati nak jahanam kan 'benda' yang kau dah curi dari dia.

Engkau dengan kejam level-level je.
Jahanam

SUKA KARYA DIA

Karya nya selalu aku lawat
Awesome lagi Juara
Dia bukan sahaja seorang selebriti yang kacak lagi manis
Tapi dia peng'karya' yang sangat berbakat bagi aku

Yer
Zahiril Adzim nama nya.

B I S M I L L A H H I R R O H M A N N I R R O H I M

Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang