Memori Berkasih


Aku tertarik dengan sebuah kisah cinta satu pasangan ni. Mungkin mereka bercinta dan mungkin tidak. Cinta yang tiada jodoh. Si lelaki dan Si wanita ni bersama sudah agak lama. Aku terkejut bila dapat tau Si lelaki berkahwin dengan wanita lain. Kehendak mak Si lelaki ni kata mereka. Tinggal lah Wanita itu sendiri. Lama kelamaan Wanita itu pon berkahwin dengan lelaki lain. Malangnya jodoh mereka tak panjang dan Si wanita itu kembali sendirian.

Si lelaki tampak bahagia dengan wanita yang dikahwininya sehingga lah Si lelaki meninggal dunia. Meninggal dalam usia yang agak muda juga kerana kemalangan. Orang yang terakhir dia berjumpa pon adalah Si wanita itu kerana mereka baru habis merencanakan sebuah rancangan live bersama.
Wanita itu agak terkejut sebab dia kata dia baru sahaja berjumpa. Lebih kurang jam 5.30pm mereka jumpa dan jam 6.00pm Si lelaki meninggal kemalangan. Sedih tak terhingga kata Si wanita. hm

Ok lah, ini andaian aku sahaja sebab aku suka lihat pasangan itu bersama. Tak bermakna aku membenci pasangan yang mereka kahwini tu. Cuma suka melihat kebahagian semasa mereka bersama. Kenangan mereka banyak tersirat dalam lagu-lagu yang mereka nyanyikan. Sampai sekarang bila aku lihat balik video-video meraka, aku rasa macam 'sayangnyaaa dengan hubungan dorang yang tak kesampaian' 'mesti dorang bahagia sangat kalau dorang dapat bersama' 'sweet sangat dorang berdua' dan macam-macam lah yang aku cakap. Apabila Si wanita menyanyikan lagu duet mereka. Aku nampak reaksi Wanita itu jauh berbeza saat dia menyanyi kan lagu itu dengan Si lelaki. Even lagu tu sedih tapi pabila dia nyanyi dengan pasangan duet nya iaitu Si lelaki dia masih boleh tersipu malu. Sekarang bila dia nyanyikan semula tapi dengan pasangan yang berlainan, dia sungguh menghayati dan reaction dia bukan lagi reaction yang sama.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Macam-macam aku dengar kisah cinta dorang dari berbagai pihak. Ada kata a. Ada kata b, Ada jugak kata c. Ada kata Si wanita ni pasrah je dengan kisah mereka. Ada kata Si lelaki masih menyimpan hati dengan Si wanita tu tapi dia juga redha dengan jodoh dia. Ada juga kata Si lelaki turut simpati dengan apa yang menimpa Si wanita itu. Macam-macam lagi lah. Hm biarlah dorang je yang tau apa kisah sebenar dorang. Aku sebagai peminat yang minat dengan kisah cinta dorang hanya mampu berdoa yang baik-baik sahaja.

Takdir Allah swt takda siapa boleh lawan kan. Itu PASTI. Apa pon yang kita buat, jauh mana pon kita rancang. Allah kata itu maka itu lah yang jadi. Al-fatihah buat arwah Si lelaki dan bekas pasangan Si wanita. 

Al-fatihah dan Wallahualam