Imagine

Aku tak mintak banyak, cuba bayangkan jelah macam mana hidup korang bila orang yang kita paling sayang dah takda. Bukan takda sehari-dua tapi untuk selama-lamanya. Dapat bayangkan tak? Ngeri kan? Takut kan? Lebih-lebih lagi orang tu ibu ayah kita. Ya allah, sedangkan kucing aku hilang pon dah separuh gila mencari, ni kan pulak ibu ayah takda. Kau ghase?

Tapi siapalah kita nak pertikaikan benda tu? Siapalah kita nak bayangkan benda yang belum pernah jadi kat diri ni. Aku sangat ambil contoh pada mereka yang dah tiada  ibu/bapa/ibubapa, sangat-sangat ambil contoh. Macam mana lah dorang hadap hari esok tanpa ibu bapa, jangan cerita pasal setahun-dua kemudian, cerita pasal esok, pagi selepas tiadanya mereka. Hm aku turut simpati. 

Al-fatihah buat semua yang dah kembali ke sisi allah. Al-fatihah.......