Give and Take

Kalau takda angin masakan pokok bergoyang. Kalau takda punca takkan lah masalah boleh timbul. 'MAAF' adalah satu perkataan yang paling mudah tapi sangat susah disebut. Siapa punca dah tentu lah dia kene jadi punca untuk selesai kan jugak satu masalah tu. Apa yang susah sangat?

Sabar Murni sabar. Dia ada mulut so dia boleh cakap apa sahaja dia nak. Cantik mana bahasa dia atau carut mana perkataan dia, kau tak boleh nak halang. Maybe bila kau dah betul-betul takda kat sisi dia baru dia sedar agaknya.

"You have someone better than me right?" (berjuta kali) Weh tolong lah bukak sikit otak awak tu. Sedar tak kita ni dah apa? Bukan bercinta zaman sekolah tau nak tanya soalan tu. Saya ni bukan lah jahanam sangat perangai. Kalau lah saya nak orang yang lagi berupa lagi berduit lagi sempurna, Saya tak pilih awak jadi tunang saya dan bakal jadi teman hidup saya. Itu pon tak boleh fikir lagi ke?
   Apa yang saya boleh cakap adalah kita kena belajar lagi untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih tenang tampa timbul pergaduhan. Yer! aku admit yang kita masih lemah.

Perkahwinan bukan satu benda yang boleh buat main tau. Kita ada tempoh lebih kurang 4 bulan sahaja lagi untuk kita belajar semua asam garam mengenai hidup berkeluarga sebelum kita ke tahap yang satu lagi. Daripada kita bergaduh, lebih baik kita munasabah diri sendiri. Cari kelemahan dan kesalahan diri sendiri kemudian kita perbaiki. Lebih baik.

Insha'allah. Ada jodoh kita maka allah swt akan permudahkan segala urusan kita. Jika tidak, aku bermohon agar Dia berikan kita petunjuk. Insha'allah amin!