2 0 2 6




tahun baru tiba untuk sekali lagi.
pagi akhir tahun ku dapat berita akan kepergian pakcik ku yang kukasihi.
malam hari berisik dengan letupan bunga api.
Apakah mereka semua meraikan 'kepulangan' pakcik?
Sungguh kejam manusia dinihari.

berkata tentang diri sendiri?
tapi aku tidak raikan malam tahun baru dengan bunga api.
kerana aku masih punya hati nurani.

Tapi juga yang pergi tetap pergi
kan?
manusia juga punya hak yang tersendiri.
yang hidup harus teruskan kehidupan
tetap harus meneka dan berserah akan apa terjadinya masa hadapan.

Sudah tahun 2026
tidak minta banyak, cukup hidup mendapat keberkatan dan dilimpahi dengan kesihatan yang baik. 
kerana apa?
kerana kesihatan yang baik itu lah sebaik-baik nikmat.