Jujur Sahaja. Aku terima

 

Jangan mengajukan aku soalan, 
Jika jawapan ku kelak bukan seperti yang kamu inginkan.

Jujur sahaja apa mahu mu,
Itu lebih afdal kerna pura-pura itu tidak handal dalam sebuah soalan yang kamu ingin ajukan.

Sakitnya terasa pabila aku dapat mendengar apa yang terbunyi dari nada persoalanmu dalam jawapanku,
dan dapat dilihat dari air mukamu yang mengharapkan jawapanku itu bukan ITU.

Kerana itu telah banyak kali aku memperingatkan kamu,
Jujur sahaja dan jangan pura-pura. 

Benar,
Jika jujur itu menyakitkan tapi ketahuilah, 
pura-pura itu mematikan!