Hati Manis

 

Satu perkara yang kamu kena tahu, aku juga punya hati yang begitu manis, dan hati itu juga boleh hilang rasa. Bukan hati kamu sahaja yang boleh tawar. Aku juga. Jadi sila ingat itu.

Persoalanku, adakah?

Jika bersama orang lain kau boleh bergelak ketawa,
boleh bergurau senda,
boleh melayan mesra,
boleh dengar kata dan tunduk bicara,

Kenapa tidak dengan dia?
Kenapa dia kau harus tarik muka?
harus sombong kata?
harus tegakkan keegoan itu?

Bukankah dia lebih tinggi darjatnya?
Bukankah darjatnya sama tinggi dengan ibu kandung?
Jadi kenapa kau harus melayani dia sebegitu?

Dan persoalannya, sampai bila?
Sampai kau juga kena perkara yang sama?
Sampai segala perbutanmu itu terbalas dasyat?
Baru kau mulai sedar?
atau masih tidak?

Bagaimana jika kematian mendahului?
tidakkah kau rasa sesal kerana kepergiannya di kala kau bermasam muka dengannya?
Baru kau mulai sedar?
atau masih tidak?

Persoalanku.
Apa kau memandang tinggi pada ego?
kerana bagiku ego itu hanyalah pemusnah. 
Apa kau masih tidak sedar?

Ingat lah! 
Dunia ini bulat dan dunia ini tidak lama. Kau sebagai ketua harus lebih pandai berfikir. Apa yang baik dan apa yang buruk. Mana yang perlu didahulukan dan yang dikemudiankan. Yang baik diambil sebagai rujukan dan yang buruk sebagai pengajaran. Tapi aku tak nampak benda tu. 

Jika kau rasa ingin teruskan dengan sikap mu itu tanpa ada rasa ingin berubah menjadi seorang manusia yang lebih baik dari hari ke hari, itu hak kau. Seandainya keluarga kau letakkan sebagai pilihan dan bukan keutamaan, jangan persoalkan jika satu hari nanti kau keseorangan tanpa disisi seorang pun keturunan.