FACEBOOK

Assalammualaikun,

Sekarang  ni macam-macam cerita pelik/ngeri/menakutkan keluar kat media, laman sosial. Setiap kali aku log masuk facebook mesti akan ada punya lah cerita-cerita macam tu. Ibu dera anak lah, bayi dibuang merata seolah olah bayi tu bukan manusia, lebih menakutkan aku adalah cerita-cerita pasal tanda-tanda bahawa hari berakhirnya dunia ni dah dekat. Huish seram wehh! Benda-benda tu membuatkan aku takut dah nak usha facebook  dan buat aku log keluar terus. Dan aku ada simpan sikit rasa 'hutang budi' kat facebook, disebab kan cerita-cerita macam tu lah membuat kan aku rasa dekat dengan Dia.

Dekat sangat.

Aku takut kalau aku belum sempat nak jadi manusia yang sangat berguna di sisi Dia, aku takut diseksa, bayangkan saja azabnya boleh buat aku jadi gila. Pernah sampai satu hari aku berasa sangat takut sehingga aku rasa nak termuntah, Sumpah tak tipu, meluahkan di sini saja pun cukup buat aku tak senang duduk. Maaflah, aku bukan nak perasan baik atau perasan 'alim', tapi ini memang apa yang aku rasa.

Alhamdulillah, Dia masih beri aku 'rasa' ni untuk medekat diri padaNya. Terima kasih Ya Allah




Alhamdulillah kita bertemu lagi

Assalam Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah kita bertemu lagi pada tahun ini Ya Ramadha.
Syukur tidak terperi.
Moga-moga aku sempat bertemu Syawal pula.

Amin amin.